Tanah runtuh merupakan satu malapetaka major dunia kerana ianya
tersebar luas dan memberi impak yang besar termasuk negara Malaysia.
Kesan daripada malapetaka tanah runtuh ini berbahaya kepada manusia
dan juga kepada benda hidup yang lain.
Contohnya, bahan di cerun yang tepu dengan air
boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat
batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta dan
menghalang laluan jambatan. Aliran sungai bercampur lumpur yang
dahsyat boleh menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Begitu juga dengan air batu
floes yang terbentuk dalam sungai menyebabkan
sungai tersumbat dengan air batu dan mengalir lebih perlahan.
Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi
meruntuhkan jambatan. Air batu boleh terkumpul di tubir atau di atas
lapisan salji yang lemah atau tidak stabil menyebabkan runtuhan
berlaku.
Aliran piroklas (pyroclastic) yang
berpunca daripada runtuhan habuk abu, gas beracun, dan batu panas
daripada letusan gunung berapi yang tersebar dengan pantas boleh
memakan apa sahaja yang dilalui memberi kesan kemusnahan dan
kematian.
Antara kesan sosial yang dapat diterangkan
seperti:
1. Kemerosotan ekonomi negara
Tanah runtuh sudah tentunya menyebabkan kerosakan harta benda.
Hal ini membawa kerugian kepada ekonomi sesebuah negara. Ekonomi
juga diperlukan dalam membaik pulih semula kawasan yang telah
mengalami tanah runtuh. Ini memerlukan kos yang banyak dan sedikit
sebanyak menggangu ekonomi sesebuah negara.
Contoh:
- Secara puratanya, tanah runtuh ini menyebabkan kerugian yang
bernilai $1-2 billion US dolar dan 25 kecelakaan setiap
tahun di Amerika Syarikat.
- Di Utah, U.S, pada tahun 1983, jumlah kos bagi membaik pulih
kawasan tanah runtuh adalah sebanyak 500 juta dollar Amerika dan
ianya merupakan pembiayaan kos yang paling mahal dalam sejarah
tanah runtuh U.S.
- Kerugian akibat tanah runtuh di United States dianggarkan
sebanyak 1.5 billion dolar secara tahunan.
- Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989
menyebabkan beribu-ribu tanah runtuh meliputi kawasan 5400
persegi. Menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya 10 juta dolar
ringgit.
2. Kerosakan infrastruktur. Tanah
runtuh boleh membawa kepada kerosakan harta benda akibat
daripada daya aliran tanah mahupun lumpur. Contoh:
- Kemusanahan sesebuah bangunan dan juga penempatan.
- Tanah runtuh yang dahsyat boleh menyebabkan kemusnahan
sesebuah bandar.
- Kerosakan jalan raya
- Terjejasnya sistem perhubungan jalan raya dan juga sistem
komunikasi.
- Gempa bumi the loma prieta pada bulan oktober 1989
menyebabkan beribu-ribu kawasan mengalami tanah runtuh dengan
keluasan sehingga mencapai 5400 persegi. Menyebabkan sistem
perhubungan jalan raya terjejas, kerosakan harta benda dan juga
kemusnahan rumah.
- Di Lembah Alpine, akibat daripada aliran Lumpur menyebabkan
kerosakan jambatan akibat daripada daya aliran tersebut.
- Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002
telah memusnahkan sebuah rumah banglo
3. Kehilangan nyawa.
Kehilangan nyawa merupakan satu kesan yang berbahaya apabila
berlakunya sesuatu tanah runtuh dan ianya sukar dielakkan. Banyak
nyawa akan terkorban apabila berlakunya tanah runtuh.
Contoh:
- Gelinciran Tanah Taman Hill View berlaku pada 20 November 2002
telah memusnahkan sebuah rumah banglo dan mengorbankan lapan nyawa
sekeluarga.
- Tanah Runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang menyebabkan seramai
48 orang terkorban dan ramai yang tercedera.
- Tanah Runtuh di Aberfan Wales di Uk melibatkan gelinciran
puing jenis putaran yang berlaku pada cerun bukit telah meranapkan
sebuah sekolah menyebabkan 144 orang terkorban termasuk 116 adalah
kanak-kanak sekolah terbabit yang berusia antara 7 hingga 10
tahun.
- Kejadian tanah runtuh di La Conchita, California iaitu di
pinggir pantai California yang terletak 80 km ke barat laut Los
Angeles menyebabkan 30 buah rumah musnah dan 10 nyawa terkorban.
4. Perubahan landskap permukaan bumi.
Tanah runtuh meyebabkan perubahan landskap yang ketara terhadap
permukaan bumi. Timbunan tanah dan juga lumpur daripada kegiatan
tanah runtuh menyebabkan kawasan tanah tinggi mungkin menjadi rata
dan pengendapan sedimen juga boleh menjadi tebal dengan pantas.
Kesannya, sungai-sungai atau empangan tasik menjadi lebih cetek
untuk menakung jumlah air yang banyak. Aras air sungai menjadi lebih
tinggi dan kawasan darat berubah menjadi kawasan berair.
Tanah runtuh juga boleh menyebabkan cerun tanah atau batuan
menjadi semaki cerun dan tidak stabil.
|